Pertelagahan dalaman parti lain membuka ruang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk lebih ke hadapan dari segi kepimpinan.
Itu pandangan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Abdul Hakim Gulam Hassan yang mahu ahli parti itu dari setiap peringkat untuk bersama-sama mengetepikan perbezaan pendapat demi keutuhan parti.